Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
syukur, syukur dan syukur..
perkhabaran posting sangat dinanti-nantikan,..setelah sekian lama bergraduan, hampir 9 bulan menanti..akhirnya..Alhamdulillah.. SELANGOR adalah tempat posting pertama sebagai seorang guru.
10/10/2014
taklimat pertama di JPN Selangor. Dapat surat lantikan pada hari tersebut. Debar hati hanya Allah saja yang tahu..memohon dan berdoa semoga dipostingkan di tempat yang terbaik.
SMK KAMPONG SOEHARTO, KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR
perkataan pertama yang difokuskan ialah HULU SELANGOR, terdiam, sambil memegang erat tangan Aina.
" Su, xpa su, jauh sikit ja, mesti ok punya tempat su" kata-kata aina sedikit mententeramkan hati.
" Tapi Aina dapat sek kat Bukit Bintang, sekolah lelaki, " mesti jauh sekolah kita..
kekecewaan yang sedikit ini dikaburi oleh segunung rasa syukur kerana dapat posting, beribu orang lagi graduan ISMP yang belum posting.
Lebih kurang jam 3 petang, bertolak dari Shah Alam ke Felda Soeharto. Tak dapat nak bayangkan tempat tu kat mana. abang macam biasa..guna gps. google map. perjalanan tu jauh..sesat jalan..masuk jalan mati..hampir magrib baru sampai sekolah.. ada quaters guru disediakan dalam kawasan sekolah..mula-mula agak terkejut melihat rumah tersebut, tapi Alhamdulillah, ada seorang kakak yang juga staf sekolah tinggal di rumah tersebut.
Buat keputusan untuk balik kedah semula lps isyak sebab rumah tu xda kemudahan, kipas,katil pun tak ada.. so memang kena balik kedah dulu sebab lapor diri di sekolah pada hari isnin, 13/10/2014
12/10/13
Datang ke Soeharto semula, perjalanan yang jauh, jalan yang sunyi, berliku-liku, berbukit-bukit, mencabarnya. Jauhnya dari bandar, tak ada apa kat sini, stesen minyak pun ada satu je.
Sepanjang perjalanan, Mak, kakak, abang cuba memujuk..kena redha dengan takdir Allah, kena terima hakikat, perlu berkhidmat di kawasan luar bandar. Pasti ada hikmahnya, yang penting, kak pesan kena ikhlaskan hati, sucikan niat untuk mengajar kat sini.
13/10/2014
Lapor diri di sekolah, Alhamdulillah, syukur sangat-sangat, pentadbiran sekolah yang baik, Pengetua pun baik, perkara pertama yang pengetua tanya, selesa tak tempat tinggal yang disediakan di sini, hanya itu yang ada dan mampu disediakan di sini.
Tak mengapalah tuan pengetua, rumah tu ok ja..dalam kawasan sekolah, selamat, dekat ja, 3 minit jalan kaki dah sampai ke blok akademik.
kehadiran di sini disambut dengan baik dan agak meriah, sebab dah lama xda cikgu yang posting di sekolah ni. lagi pulak, kbanyakn cikgu berumur 40 an disini. sebelum ni ada jugak guru-guru muda di sini, tapi ramai yang dah berpindah.
Alhamdulillah..walaupun sekolah ini nampak serba kekurangan, keramahan dan kemesraan guru-guru di sini mendamai keresahan di jiwa. bilangan pelajar pun tak ramai, hanya 400 orang pelajar. setiap tingkatan hanya ada 3 kelas sahaja. walaupun tak dapat jadi kaunselor, jadi guru biasa pun sudah cukup memadai.
dan hari-hari yang mendatang, mengharapkan kekuatan yang akan tumbuh dan merimbun di sini..tempat posting pertama pada umur 25 tahun. SMK Kg Soeharto.
teringat sajak Usman Awang : antara bait-bait sajak tersebut,
Di mana-mana dia
berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota Di bangunan
tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada
negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang
diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat. Make Money at : http://bit.ly/best_tips
Make Money at : http://bit.ly/best_tips
Make Money at : http://bit.ly/best_tips
Make Money at : http://bit.ly/best_tips
Di mana-mana dia
berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota Di bangunan
tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada
negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang
diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat. Make Money at : http://bit.ly/best_tips
Make Money at : http://bit.ly/best_tips
Make Money at : http://bit.ly/best_tip
Di mana-mana dia berdiri di muka
muridnya
Make Money at : http://bit.ly/best_tip
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu
Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu
buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk
desa
Semakin bererti tugasnya kepada
negara.
Jadilah apa pun pada akhir
kehidupanmu,
guruku Budi yang diapungkan di
dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu"
kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
"Semakin terpencil duduknya di ceruk
desa,..Semakin bererti tugasnya kepada
negara"
Semoga bakti yang akan dicurahkan di bumi tercinta ini mendapat berkat dan rahmat dari Allah SWT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan